![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUANTAN, 20 OGOS 26 - Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Bomba Peningkatan Kelas II (Fire Safety Technician Course) Siri 41/26 bertempat di Auditorium Sekolah Bomba Menyelamat (SBM) yang telah disempurnakan oleh Komandan INSPRA, Kol Azuha bin Mat Ail TUDM dan diiringi oleh Ketua Jurulatih Latihan, Lt Kol Sharidan bin Nemad TUDM. Majlis juga turut dihadiri oleh, Ketua-ketua Sekolah dan Bahagian serta barisan jurulatih.
Kursus Bomba Peningkatan Kelas II (Fire Safety Technician Course) ini telah bermula dari 9 Feb 20 Apr hingga 21 Ogos 26 melibatkan seramai 24 peserta kursus. Objektif utama adalah untuk melatih peserta kursus supaya boleh mengaplikasikan prosedur keselamatan kebakaran bangunan, membuat tugas pemeriksaan, pengujian dan senggaraan sistem perlindungan kebakaran serta alat bantuan pernafasan seperti yang dinyatakan di dalam RMAF Firefighter Occupational Specification.
Di dalam kursus FSTC Siri 41/26. Anugerah Peserta Kursus Terbaik Keseluruhan telah disandang oleh LUK Danial Haikal bin Helmi.
Dalam ucapan penutup, Komandan INSPRA merakamkan ucapan tahniah kepada kesemua peserta kursus dan turut memberi nasihat sebagai pedoman para peserta kursus untuk berkhidmat di unit kelak. Tahniah kepada semua peserta kursus serta semua jurulatih dan tenaga pengajar yang terlibat dalam penganjuran Kursus FSTC.












