Select your language

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUP KURSUS WEAPON ASSIGNMENT OFFICER COURSE (WAOC) SIRI 50/26

WhatsApp Image 2026 08 18 at 12.59.42 PM WhatsApp Image 2026 08 18 at 12.59.42 PM 1 WhatsApp Image 2026 08 18 at 12.59.43 PM
WhatsApp Image 2026 08 18 at 12.59.43 PM 1 WhatsApp Image 2026 08 18 at 12.59.44 PM WhatsApp Image 2026 08 18 at 12.59.45 PM
WhatsApp Image 2026 08 18 at 12.59.45 PM 1 WhatsApp Image 2026 08 18 at 12.59.45 PM 2

 

KUANTAN, 14 Ogos 26 - Sekolah Kawalan Pertahanan Udara (SKPU), Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah menjayakan Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus bagi Weapon Assignment Officer Course (WAOC) Siri 50/26 bertempat di Auditorium Sekolah Bomba dan Menyelamat (SBM) yang telah disempurnakan oleh Pemangku Komandan INSPRA, Lt Kol Sharidan bin Nemad TUDM. Majlis juga turut dihadiri oleh, Ketua-ketua Sekolah dan Bahagian serta barisan Jurulatih SKPU, INSPRA.

Kursus ini telah bermula pada 11 Mei 26 dan tamat pada 14 Ogos 26. Peserta kursus ini terdiri daripada 5 x pegawai berpangkat Mej TUDM. Peserta Terbaik Keseluruhan disandang oleh Mej Mohamad Akmal bin Zainudin TUDM.

Melalui ucapan penutup, YBhg Pemangku Komandan telah merakamkan ucapan tahniah kepada semua Penuntut Kursus kerana telah berjaya menamatkan kursus. Beliau turut menyatakan bahawa semua Penuntut Kursus telah dilatih untuk melaksanakan tugas dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan. Mengakhiri ucapan, beliau menyeru agar semua Penuntut Kursus dapat mengekalkan kompetensi diri apabila bertugas di unit masing-masing.

Tahniah diucapkan kepada semua Peserta Kursus yang telah berjaya menamatkan kursus dengan cemerlang.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN