Select your language

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PERINGKAT INSPRA TAHUN 2026 MEMRIAHKAN SEMANGAT KESUKANAN WARGA INSPRA

WhatsApp Image 2026 08 15 at 07.54.21 WhatsApp Image 2026 08 15 at 07.54.19 2 WhatsApp Image 2026 08 15 at 07.54.19
WhatsApp Image 2026 08 15 at 07.54.20 WhatsApp Image 2026 08 15 at 07.54.20 2 WhatsApp Image 2026 08 15 at 07.54.20 1
WhatsApp Image 2026 08 15 at 07.54.18 1 WhatsApp Image 2026 08 15 at 07.54.18 2 WhatsApp Image 2026 08 15 at 07.54.18

 

KUANTAN, 14 Ogos 26 – Pertandingan Bola Tampar Peringkat Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks Sukan MAWILUD 1, melibatkan penyertaan daripada semua bahagian di INSPRA dalam usaha memperkukuh semangat kesukanan, kerjasama berpasukan serta membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga institut.

Sepanjang kejohanan berlangsung, setiap pasukan mempamerkan aksi yang kompetitif, disiplin yang tinggi serta semangat juang yang membanggakan. Perlawanan akhir menyaksikan pertemuan sengit antara Sekolah Kawalan Pertahanan Udara (SKPU) dan Sekolah Bomba dan Menyelamat (SBM), dengan pasukan SBM berjaya muncul juara selepas menewaskan SKPU.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pemangku Komandan INSPRA, Lt Kol Sharidan bin Nemad TUDM. Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa penganjur serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam memastikan kejohanan ini dapat dilaksanakan dengan lancar.

Beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan SBM atas kejayaan merangkul kejuaraan, di samping menghargai semangat kesukanan yang dipamerkan oleh semua pasukan sepanjang pertandingan berlangsung.

Penganjuran kejohanan seumpama ini bukan sahaja menjadi platform untuk mencungkil bakat dalam bidang sukan, malah turut mengukuhkan hubungan silaturahim, semangat setiakawan dan esprit de corps dalam kalangan warga INSPRA, selaras dengan usaha memperkasakan modal insan yang cergas, berdaya tahan dan berprestasi tinggi.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN