MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PANGKALAN UDARA SENDAYAN TAHUN 2025

WhatsApp Image 2025 04 14 at 09.36.33  WhatsApp Image 2025 04 14 at 09.36.36 1 WhatsApp Image 2025 04 14 at 09.36.36 2
WhatsApp Image 2025 04 14 at 09.36.36 WhatsApp Image 2025 04 14 at 09.36.37 WhatsApp Image 2025 04 14 at 09.36.38

 

BANDAR SRI SENDAYAN, 12 Apr 25 - Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pangkalan Udara Sendayan pada tahun ini telah diadakan di Dewan Angkasaraya, Pangkalan Udara Sendayan. Majlis ini telah dihadiri dengan kehadiran Komander Pangkalan, Kol Azman bin Taib TUDM, Pegawai Eksekutif Pangkalan serta Pegawai Memerintah Unit-Unit PU Sendayan serta turut juga hadir KS MPPLU, Brig Jen Norazman bin Ismail TUDM

Acara yang diadakan pada tahun ini turut dihadiri oleh semua pegawai, anggota, staf awam dan ahli BAKAT PU Sendayan serta tetamu jemputan bagi memeriahkan lagi suasana majlis Sambutan Hari Raya PU Sendayan pada tahun ini.

Pelbagai juadah menarik disediakan untuk tetamu yang hadir. Penyampaian duit raya telah diadakan kepada kanak-kanak yang disempurnakan oleh Komander Pangkalan. Para tetamu juga disajikan dengan persembahan band dan persembahan bunga api sebagai simbolik sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Sambutan hari raya seperti ini dapat mengeratkan silaturahim dan menguatkan lagi ikatan persaudaraan serta perpaduan diantara semua pegawai dan staf pangkalan. Komander Pangkalan menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang hadir pada Sambutan Hari Raya Pangkalan pada tahun ini.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer