![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
ALOR SETAR, 12 Apr 25 – Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) BAKAT Kolej Tentera Udara (KTU) bagi tahun 2025 telah dirasmikan oleh Komandan KTU, Brig Jen Ramli bin Mohd Abd Jabar TUDM. Mesyuarat ini telah diadakan di Dewan Banquet OMQ dihadiri seramai 386 orang ahli BAKAT dan turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai Memerintah, Ketua-ketua Cawangan dan Pegawai Waran Unit/Cawangan KTU. Komandan turut berbesar hati menyampaikan Sijil Penghargaan kepada barisan Ketua Biro dan Ahli Jawatankuasa BAKAT KTU Sesi 2024/2025 di atas dedikasi, komitmen serta daya usaha kreativiti yang ditunjukkan di dalam menjayakan setiap aktiviti yang telah dilaksanakan. Komandan juga turut mengalu-alukan kehadiran seramai 15 ahli BAKAT yang baharu berkahwin pada tahun 2024 bersama pasangan masing-masing bagi membolehkan para suami memahami peranan BAKAT agar mereka dapat memberi sokongan kepada isteri masing-masing secara berterusan bagi menyertai aktivit-aktiviti BAKAT.
Seterusnya, mesyuarat dimulakan dengan ucapan oleh Pengerusi BAKAT KTU, Lt Kol Nesam Banu binti Mohammad Fahmi TUDM dan diikuti dengan agenda mesyuarat iaitu pengesahan minit mesyuarat tahun 2024, pembentangan laporan kewangan serta aktiviti sepanjang sesi 2024/2025 dan juga perlantikan Ketua Biro dan AJK serta perancangan aktiviti bagi sesi 2025/2026. Terdapat beberapa cadangan aktiviti yang telah dikemukakan oleh ahli BAKAT KTU iaitu Puan Rindaya binti Loebis, Puan Mej Engku Nurul Aisyah binti Engku Kamal Bakri TUDM dan Puan Haslia binti Abu Hasan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Pengerusi merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa BAKAT KTU Sesi 2024/2025 dan juga ucapan tahniah kepada barisan Jawatankuasa BAKAT KTU Sesi 2025/2026 dan berharap agar barisan AJK dapat memberi komitmen, kerjasama dan sokongan bagi kelangsungan segala aktiviti yang dirancang. Beliau juga turut merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pegawai Penasihat BAKAT KTU, Lt Kol Shuhaniff bin Sharuddin TUDM; Pegawai BAKAT KTU, Kapt Nurul Sofea binti Mazlan TUDM dan juga Penolong Pegawai BAKAT KTU, Lt Mohd Afiquddin bin Nashrom TUDM serta semua Pegawai Koordinasi BAKAT Skuadron/Cawangan KTU.
Pada akhir sesi AGM ini, Pengerusi BAKAT juga turut mengambil peluang untuk berkongsi dengan ahli BAKAT KTU berkenaan Hak dan Keistimewaan Isteri Anggota Tentera serta Etika dan Protokol Sebagai Isteri Anggota Tentera. Diharapkan agar segala ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya sama ada di KTU mahupun di unit yang lain nanti.