MESYUARAT WISMA BINTARA, WISMA AHLI UDARA TUDM SIRI 1/25

1 2 3
4 5 6

 

SENDAYAN, 1 Disember 2025 – Pegawai Waran TUDM, PW U I Mohd Rashidi bin Md Tahir telah mempengerusikan Mesyuarat Wisma Bintara dan Wisma Ahli Udara TUDM Siri 1/25, sebuah platform strategik yang menghimpunkan kepimpinan wisma seluruh TUDM bagi membincangkan penyeragaman panduan, peningkatan tadbir urus serta hala tuju pengurusan wisma secara lebih profesional dan sistematik.

Mesyuarat yang berlangsung dari 1 hingga 3 Disember 2025 di Dewan Sri Pinang INSKEP, PU Sendayan turut dihadiri oleh Pegawai Waran Istiadat TUDM, Pegawai Waran Markas Pemerintahan dan Formasi, Presiden Mess Committee (PMC), Chairman Mess Committee (CMC), Penasihat Wisma Bintara serta Yang Dipertua Wisma Ahli Udara dari seluruh pangkalan TUDM.

Fokus utama mesyuarat adalah memperkemas dan menyeragamkan Panduan Wisma Bintara serta membangunkan Panduan Wisma Ahli Udara yang lebih komprehensif, selaras dengan keperluan semasa TUDM dan aspirasi Perintah Ulung Panglima Tentera Udara. Penambahbaikan ini turut menyokong pelaksanaan Tonggak Ke-3: Kecemerlangan Warga dan Tonggak Ke-5: Memperkasakan Doktrin dan Prosedur, demi memastikan pengurusan wisma di setiap formasi dan unit berada pada standard yang konsisten dan berkualiti tinggi.

Penyelarasan semula panduan ini dijangka memberikan impak signifikan melalui peningkatan struktur, profesionalisme pengurusan wisma serta pemantapan tatakelola yang lebih tersusun. Langkah ini juga akan mengukuhkan keselarasan operasi dan memastikan setiap wisma memiliki rujukan yang relevan, terkini dan mampu menyokong keperluan TUDM pada masa kini dan masa hadapan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN