![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SENDAYAN, 29 November 25 β Cawangan Kawal & Lapor (K&L) telah menganjurkan Karnival Sukan Pertahanan Udara (KSPU) Siri 8/25 bertempat di Kompleks Sukan TUDM dan Dewan Angkasaraya PU Sendayan. Karnival dwitahunan ini telah dirasmikan oleh Trade Master K&L, Kol Md Rizam bin Ahmad TUDM.
Bertemakan βOne Force One Spiritβ, penganjuran KSPU bertujuan mengeratkan hubungan serta memupuk semangat Esprit De Corps dalam kalangan pegawai dan anggota K&L dari seluruh unit Pertahanan Udara. Pelaksanaan karnival sukan ini juga merupakan manifestasi iltizam TUDM dalam mendukung Tonggak ke-6 Amanat YBhg PTU, iaitu melestarikan warga udara melalui pengukuhan kesejahteraan fizikal, mental dan sosial. Inisiatif ini selaras dengan aspirasi pembudayaan work-life balance dan pembangunan modal insan yang cemerlang serta berdaya tahan.
Sebanyak empat kontinjen telah mengambil bahagian, iaitu:
β’ THUNDER RAVEN (gabungan Mk AB, INSPRA, Skn 320, Skn 323)
β’ STORM EAGLE (gabungan Mk ATM, BSEP, MOSEP, PMBTD, MTU, MPOU, MPPLU, JAMCC Sepang)
β’ IRON FALCON (gabungan ESSCOM, ATB 2, MAWILUD 2, Skn 330, JATCC KK)
β’ SKY RAPTORS (gabungan HQIADS, MTBCO, MAWILUD 1, Skn 401, Skn 310, Skn 321, Skn 322)
Sebanyak enam acara sukan utama dipertandingkan, melibatkan bola tampar, badminton, golf, futsal, road relay dan ping pong.
Keputusan akhir menyaksikan IRON FALCON dinobatkan sebagai johan keseluruhan, manakala THUNDER RAVEN muncul naib juara. Penganjuran KSPU diharapkan dapat terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan sukan dalam kalangan warga Cawangan K&L khususnya, dan TUDM amnya.















