![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUANTAN, 11 Jul 2025 – Sukacita dimaklumkan bahawa audit pembaharuan sijil Air Traffic Control - Approved Training Organisation (ATC - ATO) bagi Sekolah Kawalan Trafik Udara (SKTU), Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah berjaya diselesaikan pada hari ini. Audit ini telah dikendalikan oleh pihak Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) melalui sistem Audit Management System (AMS) dan berlangsung dari 8 hingga 11 Julai 2025.
Pasukan audi t diketuai oleh Director of Air Navigation Services and Aerodrome (ANS), En Raja Amsyar Hillman bin Raja Badrul Hisham, bersama tiga orang pegawai lain iaitu En Hafizuddin bin Mohamed, En Mohamad Yusri bin Mohamed Ali, dan Puan Freda Elizabeth Pendi. Mereka merupakan wakil daripada Bahagian Perkhidmatan Pemaliman Udara dan Aerodrom, CAAM. Audit ini juga merupakan susulan kepada semakan dokumentasi terdahulu serta pelaksanaan Compliance Questionnaire (CQ) oleh pihak SKTU.
Skop audit merangkumi pematuhan terhadap keperluan latihan kawalan trafik udara melibatkan Aerodrome Control, Approach Control (Procedural dan Surveillance), serta penggunaan sistem simulator seperti Radar Simulator System (RSS) dan Aerodrome Control Training Simulator (ACTS). Sebanyak tujuh (7) protokol telah diperiksa merangkumi Organization, Procedure, Facilities, Training, Examination, Certification dan Quality Manual System. Sepanjang audit, segala aspek pelaksanaan latihan, dokumentasi dan pengurusan kompetensi telah dinilai secara menyeluruh.
Kerjasama erat dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh warga SKTU, INSPRA serta pihak-pihak berkaitan telah membolehkan audit ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya dengan baik.