Select your language

PEMBUKAAN TRADE INSTRUCTOR COURSE-FIRE AND RESCUE SIRI 11/26

2 4 1
3 5 6

 

KUANTAN, 3 Ogos 26 - Sekolah Bomba dan Menyelamat, Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah mengadakan Majlis Pembukaan Trade Instructor Course - Fire And Rescue (TIC- F&R) siri 11/26 bertempat di Auditorium Sekolah Bomba dan Menyelamat yang telah disempurnakan oleh Ketua Sekolah Bomba dan Menyelamat, Mej Muhamad Zamri bin Harun TUDM diiringi Pegawai Waran I Mohd Syahril bin Jalil, Pegawai Waran Sekolah Bomba dan Menyelamat.Majlis juga turut dihadiri barisan Jurulatih serta staf-staf SBM.

Kursus ini akan berlangsung dari 3 Ogos 26 dan dijangka tamat pada 28 Ogos 26. Kursus dihadiri oleh 10 x Peserta Kursus yang terdiri daripada 2 x Pegawai ,7 x PTTK dan 1 x PTTR. Objektif Kursus ini bertujuan melahirkan jurulatih Bomba yang kompeten, berdisiplin dan berkeupayaan tinggi dalam melaksanakan tugas latihan selaras dengan kehendak RMAF Occupational Specification.

Melalui ucapan pembukaan, Ketua Sekolah Bomba dan Menyelamat mengucapkan selamat datang kepada semua peserta kursus dan berharap agar semua dapat menjalani kursus dengan penuh ikhlas dan bersemangat di samping mengekalkan mutu disiplin yang tinggi agar dapat mengimplimentasikan segala ilmu pengetahuan yang dipelajari semaksima yang mungkin di unit kelak. Selain itu, beliau juga turut mengingatkan kepada semua peserta kursus supaya menjauhi dari salah laku yang melibatkan budaya buli, judi online, sexual harassment dan juga perkara-perkara yang boleh mencemarkan imej sebagai seorang anggota tentera.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN