![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUANTAN, 6 Ogos 26 – Pangkalan Udara Kuantan dengan kerjasama City University Malaysia telah menjayakan Program Jelajah City University Bersama Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertempat di Dewan Sri Angkasa pagi ini.
Jelajah ini dilaksanakan bagi memberi penerangan kepada warga ATM berkenaan Program Work Based Learning 2.0 (WBL 2.0) dengan kerjasama strategik dari City University Malaysia yang telah disampaikan oleh Mej Mohammad Nizam bin Abdul Rahim TUDM, PS 2 Penyelidikan Markas Tentera Udara. Antara objektif Program WBL 2.0 ini adalah bagi meningkatkan kebolehpasaran anggota bagi peluang kerjaya kedua setelah menamatkan perkhidmatan selari dengan Fokus Utama Kementerian Pertahanan 2026 iaitu Kesejahteraan Anggota dan Veteran ATM.
Semoga dengan pelaksanaan program WBL 2.0 dapat memberi nilai tambah serta meningkatkan kemahiran kognitif, etika dan profesional warga ATM serta menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.


















