PENUTUP KEJOHANAN KARNIVAL SUKAN ANTARA PERKHIDMATAN ATM TAHUN 2025 ANJURAN TUDM - PASUKAN BOLING PADANG TUDM DINOBAT JUARA KESELURUHAN KEJOHANAN BOLING PADANG ANTARA PERKHIDMATAN ATM

1 4 5
7 9 10
11 12 13

 

SENDAYAN, 10 Jul 2025 – Pasukan Boling Padang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mencipta sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Kejohanan Boling Padang Antara Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tahun 2025.

Kejohanan ini telah berlangsung selama dua hari, dari 8 hingga 9 Julai 2025, bertempat di Gelanggang Boling Padang Kompleks Sukan Tan Sri Dr. Mohd Said, Negeri Sembilan. Dalam perlawanan akhir yang sengit, pasukan TUDM berjaya melayakkan diri ke semua lima kategori yang dipertandingkan, sekaligus menunjukkan dominasi dan kehebatan mereka dalam sukan ini.

Daripada lima (5) kategori yang disertai, TUDM berjaya meraih kemenangan dalam tiga (3) kategori, sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai juara keseluruhan kejohanan.

Keputusan mengikut kategori adalah seperti berikut:

Kategori Beregu Lelaki:
Johan: TUDM (732092 Sjn U Muhammad Faris Asyraf bin Sharifudin dan 741524 LU I Mohamad Shah Ridzuan bin Manis)
Naib Johan: TDM

Kategori Beregu Wanita:
Johan: TUDM (5801086 PW U II (W) Nurul Ain bt Hamdan dan 5801250 Sjn U (W) Che Nor Haslina binti Che Wahab)
Naib Johan: TDM

Kategori Bertiga Lelaki:
Johan: TUDM (Kapt Muhammad Hakim bin Hashim TUDM (374727), ⁠724176 PW U II Helmi bin Majunit dan 732036 Kpl U Mohd Yusma Alif bin Mohd Yusof)
Naib Johan: TLDM

Kategori Bertiga Wanita:
Johan: TLDM
Naib Johan: TUDM (5801241 FSjn (W) Tandi Anak Nokep, 5801243 Sjn U (W) Wan Atiqah binti Wan Nazri dan ⁠5801415 Kpl U (W) Nurul Fitrah binti Bakri)

Kategori Beregu Campuran:
Johan: TLDM
Naib Johan: TUDM (5801098 PW U II (W) Shiddatul Hawa binti Zakaria dan 732283 Sjn U Mohamad Ruzaini bin Mohamad Fauzi)

Prestasi cemerlang para atlet turut diraikan melalui penganugerahan khas kepada pemain terbaik dan pemain harapan kejohanan bagi kategori lelaki dan wanita.

Anugerah Pemain Terbaik Lelaki:
724176 PW U II Helmi bin Majunit (TUDM)

Anugerah Pemain Terbaik Wanita:
P/BM PWP Nurul Faeizah binti Kasim (TLDM)

Anugerah Pemain Harapan Lelaki:
741524 LU I Mohamad Shah Ridzuan bin Manis (TUDM)

Anugerah Pemain Harapan Wanita:
LK PNK Tengku Nurul Anis binti Tengku Azam (TLDM)

Kejayaan TUDM pada kejohanan kali ini menjadi bukti komitmen tinggi dalam pembangunan sukan di kalangan warga udara serta hasil daripada periodisasi latihan yang berstruktur menjadi faktor utama kejayaan tersebut. Strategi berpasukan yang mantap serta sokongan padu daripada Lembaga Sukan TUDM dan pihak pengurusan tertinggi TUDM menjadi asbab perkara ini berjaya direalisasikan.

Selain itu, Pasukan Bola Jaring TUDM kategori terbuka juga berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir menentang Pasukan Bola Jaring TLDM. Perlawanan akhir yang begitu sengit berakhir dengan keputusan berpihak kepada TLDM dengan mata 47-44. Lebih membanggakan apabila LU I (W) Ili Nazurah binti Mohamad Yusof telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan Bola Jaring kategori terbuka Antara Perkhidmatan ATM tahun 2025.

Majis Penutup Kejohanan serta penyampaian hadiah dan piala pusingan telah disempurnakan oleh YBhg Brig Jen Norazmi bin Abdul Rahman TUDM, Pengerusi Jawatankuasa Kerja LSTUDM dan turut dihadiri Lt Kol Ts. Ridzuan bin Saeidin selaku Pengerusi Boling Padang TUDM dan Lt Kol Nazatul Rina bt Lasim TUDM selaku Pengerusi Bola Jaring TUDM.

Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan dedikasi, disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan warga TUDM, malah turut memperlihatkan kekuatan pembangunan atlet dalam kalangan anggota TUDM.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh kontinjen TUDM di atas pencapaian yang membanggakan ini.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN