![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
MEDAN, 10 Jul 2025 – Bermula tahun ini, TUDM telah menghantar semula penyertaan wakil pegawai sebagai Combined Maritime Patrol Team (CMPT) ke Indonesia bagi operasi Eyes in The Sky (Eis) setelah dihentikan sementara semasa pandemik Covid-19.
Penugasan operasi Eyes in The Sky (EiS) sektor Medan pada tahun ini telah melibatkan seorang pegawai TUDM iaitu Mej Amirul Farhan bin Jaafar TUDM yang ditugaskan ke Medan Indonesia sebagai CMPT bersama pegawai TNI Angkatan Udara untuk melaksanakan misi rondaan maritim udara. Disamping itu, Pejabat Perhubungan TUDM yang berada di Medan Indonesia turut menyalurkan sokongan dan bantuan domestik kepada CMPT dari Malaysia agar penugasan ini dapat berjalan dengan lancar.
Inisiatif EiS ialah melibatkan pemantauan udara di perairan Selat Melaka serta rondaan melibatkan empat negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand bagi memperkasakan tahap keselamatan perairan di rantau ini.