![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KOTA MARUDU, 13 Jul 2025 - Mayat Mendiang F/Sjn Ronny bin Jarita yang meninggal dunia pada 11 Jul 25 di Hospital Labuan, akibat Kemalangan Jalan Raya telah selamat dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Mansuit Pitas P/S130, Kota Marudu, Sabah kira-kira jam 10.30 pagi. Urusan pengebumian dibantu oleh pihak Pangkalan Udara Labuan dan Markas Wilayah Udara 2 (MAWILUD 2).
Terdahulu, mayat mendiang telah diuruskan oleh pihak hospital Labuan, Pihak Pangkalan Udara Labuan dan Persatuan Kristian Labuan sebelum dibawa ke kampung halamannya di Kampung Mansuit Pitas P/S 130, Kota Marudu, Sabah dengan melalui jalan darat pada pagi 12 Jul 25. Lt Kol Zulkifli bin Mohamad TUDM, Pemangku Komander Pangkalan serta pegawai-pegawai serta anggota TUDM daripada Pangkalan Udara Labuan telah menziarahi dan memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang di Hospital Labuan sebelum mendiang dibawa menaiki kenderaan jenazah daripada Terminal Feri Labuan ke Jeti Menumbok dan seterusnya ke kampung halaman beliau untuk disemadikan di sana.
Turut mengiringi sepanjang perjalanan sehingga urusan pengebumian selesai ialah Ketua Cawangan Kejuruteraan, PU Labuan, Lt Kol Robert Edward Ngayong TUDM serta beberapa pegawai dan anggota dari PU Labuan dan Mawilud 2 . Urusan Pengebumian telah dilaksanakan secara tradisi ketenteraan. Ketua Cawangan Kejuruteraan, PU Labuan mewakili Pucuk Pimpinan Tertinggi TUDM serta Komander Pangkalan Udara Labuan telah menyampaikan sumbangan bantuan pengebumian, surat ucapan takziah serta penyerahan bendera TUDM kepada ibu mendiang, Puan Christina binti Mapgajal sebagai tanda menghargai jasa bakti mendiang yang telah berkhidmat untuk perkhidmatan TUDM dan negara.
Seluruh warga TUDM turut merasakan kehilangan besar seorang anggota yang berdedikasi dan sangat komited terhadap tugas yang diamanahkan khususnya kepada Cawangan Kejuruteraan, PU Labuan sepanjang mendiang berkhidmat. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang dan semoga mereka cekal dan tabah menghadapi ujian pemergian insan tersayang.