PROGRAM CIMIC HARI ASYURA BERSAMA KARIAH MASJID PERMATANG PASIR, JUGRA

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12

 

JUGRA, 4 Jul 2025 – Pangkalan Udara Jugra telah menganjurkan Program Civil-Military Cooperation (CIMIC) sempena Hari Asyura bersama Kariah Masjid Permatang Pasir, Jugra sebagai usaha memperkukuhkan hubungan antara warga tentera dan masyarakat setempat.
Program yang berlangsung di perkarangan Masjid Permatang Pasir ini telah dirasmikan oleh Lt Kol Norisman bin Idris TUDM, Komander Pangkalan Udara Jugra.

Pelaksanaan program ini adalah selaras dengan Pelan Strategik MINDEF 2022-2025 di bawah Teras Keempat: Pengukuhan Kerjasama Tentera dan Awam, yang bertujuan memupuk kerjasama strategik serta meningkatkan hubungan baik antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan masyarakat.

Program ini bukan sahaja menghidupkan amalan tradisi dan budaya Islam dalam komuniti, tetapi turut memperkukuhkan imej positif ATM amnya dan TUDM khasnya di mata masyarakat.
Lebih 120 warga PU Jugra terdiri daripada pegawai dan anggota dari MAREJ, PU Jugra dan PASKAU, bersama 100 orang penduduk setempat, hadir memeriahkan program ini. Seramai 30 orang asnaf dari kariah setempat turut hadir untuk menerima sumbangan daripada pihak pangkalan.

Acara dimulakan dengan aktiviti penyediaan Bubur Asyura secara bergotong-royong bersama warga pangkalan, ahli BAKAT dan penduduk kampung. Program diteruskan dengan sesi perasmian dan penyampaian sumbangan kepada para asnaf kariah masjid yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan harmoni.

Program seumpama ini diharap dapat menjadi jambatan ukhuwah antara warga tentera dan masyarakat, serta memperkukuhkan semangat kebersamaan demi kebaikan bersama.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN