PROGRAM DERMA DARAH SEMPENA HUT TUDM KE-64 DI PANGKALAN UDARA KUCHING

DSC 0007 DSC 0009 IMG 4411
IMG 4424 IMG 4430 IMG 4435

 

KUCHING, 16 Jun 22 – Pangkalan Udara Kuching telah melaksanakan Program Derma Darah sempena Hari Ulang Tahun TUDM Ke-61 dengan kerjasama 710 PPAT Pangkalan dan Hospital Umum Sarawak yang diadakan di Dewan Seri Angkasa, PU Kuching.

Program yang mendapat sokongan sepenuhnya dari Komander Pangkalan, Kol Mohamad Jafri Bin Suboh TUDM telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari seluruh warga PU Kuching. Hampir 96 orang yang telah memenuhi kriteria sebagai penderma pada kali ini.

IMG 4442 IMG 4447 IMG 4454

 

Sejajar dengan keperluan Pusat Darah Negara, program seperti ini dapat membantu kesinambungan hayat bagi seluruh rakyat Malaysia. Seorang penderma darah dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya tiga (3) nyawa. Ini kerana darah utuh yang diderma boleh diproses dan menghasilkan sel darah merah, platelet dan plasma.

Terima kasih kepada semua warga Pangkalan Udara Kuching yang menyumbangkan darah anda untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.