![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SINGAPURA, 2 September 2025 – Search and Rescue Exercise (SAREX) MALSING 2025 secara rasmi bermula hari ini dengan penyertaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Republic of Singapore Air Force (RSAF). Latihan tahunan ini berlangsung dari 2 hingga 6 September 2025 di perairan sekitar Singapura, dengan fokus utama kepada peningkatan keupayaan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
SAREX MALSING 2025 mencatat sejarah baharu apabila buat pertama kalinya Night SAR Exercise dilaksanakan, sekali gus memperluas skop kesiapsiagaan bersama dalam menghadapi kecemasan pada bila-bila masa, sama ada siang atau malam.
Majlis pembukaan eksesais diserikan dengan pertukaran simbolik patch antara Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM, dan Chief of Staff – Air Staff, BG Ho Kum Luen, sebagai lambang solidariti serta kerjasama erat yang terjalin antara kedua-dua angkatan udara.
SAREX MALSING 2025 membuktikan komitmen TUDM dan RSAF untuk memastikan setiap panggilan kecemasan, sama ada siang atau malam, mendapat tindak balas yang pantas dan berkesan demi keselamatan serantau.