![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 12 Jul 2025 - Extraordinary General Meeting (EGM)/ Mesyuarat Agung Luar Biasa BAKAT Udara 2025 telah dipengerusikan oleh Datin Sri Hajah Wan Nor Sazlina binti Wan Abd Shukor, Pengerusi Jemaah BAKAT Udara (JBU) bertempat di Rumah BAKAT Udara, PU Subang. Mesyuarat turut dihadiri oleh AKS TAdbir, Brig Jen Junairi bin Baharom TUDM selaku Penasihat BAKAT Udara, ahli-ahli Jemaah BAKAT Udara dan Pengerusi BAKAT Markas/Pangkalan/Unit.
Antara agenda mesyuarat ini adalah Pindaan Penetapan dan Pelantikan JBU Tahun 2025 yang baharu, Pembentangan Laporan Kewangan, Panduan Penggunaan Duit Tabung BAKAT Udara, Perancangan dan Penugasan Aktiviti BAKAT ATM Tahun 2025 dan Perancangan Aktiviti BAKAT Udara Tahun 2025.
Mesyuarat diakhiri dengan penyampaian amanat oleh Pengerusi JBU kepada Pengerusi BAKAT Markas/Pangkalan/Unit untuk disampaikan kepada ahli-ahli BAKAT yang lain agar segala aktiviti yang dilaksanakan sentiasa berfokus dan bersepadu serta memenuhi fungsi BAKAT.