![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUANTAN, 22 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat ke lokasi insiden kemalangan membabitkan sebuah pesawat pejuang F/A-18D Hornet TUDM pada 21 Ogos 2025 di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.
Keberangkatan Paduka Baginda diiringi oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM dan Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato' Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM.
Paduka Baginda kemudiannya turut berkenan menziarahi dua anak kapal yang terselamat dalam tragedi tersebut di Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT), Pangkalan Udara Kuantan.
Mereka ialah juruterbang, Mejar Mohamad Azhar bin Alang Kamarudin TUDM, 34, serta jurusensor senjata pesawat, Kapten Mohamad Izzuddin bin Mohamad Salleh TUDM, 28.