KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN PANGLIMA TENTERA UDARA KE ATAS PANGLIMA ANGKATAN TENTERA

1 2 3
4 5 6

 

KUALA LUMPUR, 6 Ogos 2025 – Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar di pejabat rasmi Panglima Angkatan Tentera (PAT) di Wisma Pertahanan, hari ini.

Kunjungan ini sebagai pengenalan kepada Panglima Angkatan Tentera setelah mengambil alih tugas sebagai Timbalan Panglima Tentera Udara pada 26 Jun 2025.

Pertemuan ini juga bertujuan untuk mendapatkan nasihat serta mandat daripada pucuk pimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan selaras dengan hasrat pucuk pimpinan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN