LEMBAGA TEMUDUGA PEMILIHAN CALON AIRMEN OF THE YEAR (AOTY) 2025 PERINGKAT MPPLU

1 2 4
5 6 8

 

SENDAYAN, 5 Ogos 2025 – Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU) telah mengadakan Lembaga Temuduga Pemilihan Calon Airmen of The Year (AOTY) 2025 yang telah dipengerusikan oleh Panglima Pendidikan dan Latihan Udara (PPLU), Lt Jen Dato’ Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM.

Lembaga yang telah dilaksanakan bertempat di Dewan Peperiksaan MPPLU tersebut juga turut dihadiri oleh Ketua Staf MPPLU, Brig Jen Norazman bin Ismail TUDM dan Pengarah Latihan serta para Pegawai Staf 1 setiap cawangan Markas selaku ahli panel temuduga.

Lembaga pemilihan AOTY peringkat MPPLU pada tahun ini telah melibatkan seramai 15 orang calon yang terdiri daripada tiga (3) kategori dan bertujuan untuk mengenalpasti calon yang terbaik bagi mewakili unit-unit naungan Markas untuk diketengahkan ke temuduga peringkat tertinggi TUDM kelak.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN