PANGLIMA OPERASI UDARA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PENGARAH PERANCANG STRATEGIK, MARKAS ATM

1 2 3

 

SUBANG, 6 Ogos 25 – Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Perancang Strategik, Markas ATM, Kol Effendy bin Jalani TUDM yang bakal melaksanakan tugas sebagai Atase Pertahanan di Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, Rusia di pejabat beliau hari ini.

Kunjungan hormat ini adalah bersempena dengan pelantikan Kol Effendy bin Jalani TUDM selaku Atase Pertahanan di Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, Rusia yang baharu.

Dalam pertemuan ini, Panglima Operasi Udara turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat menjalankan tugas dengan professional serta memikul amanah yang diberikan dengan sebaik-baiknya agar sentiasa cemerlang sebagai wakil Angkatan Tentera Malaysia khususnya dan negara amnya.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN