KUNJUNGAN HORMAT PANGLIMA TENTERA UDARA KEPADA PERDANA MENTERI

1 2 3
4 5 6

 

PUTRAJAYA, 6 Ogos 2025 - Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah mengadakan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya hari ini.

Kunjungan hormat kepada Perdana Menteri merupakan kunjungan rasmi pertama setelah dilantik sebagai Panglima Tentera Udara Ke-21 pada 26 Jun 2025 yang lalu. Pertemuan ini menjadi platform kepada Panglima Tentera Udara mendapatkan pandangan dan nasihat daripada Perdana Menteri dalam memastikan hala tuju dan pelaksanaan dasar pertahanan udara negara kekal relevan, berkesan dan berpaksikan kepada kepentingan nasional.

Selain itu, pertemuan ini juga untuk Panglima Tentera Udara menyatakan aspirasi beliau dalam memacu TUDM ke arah sebuah angkatan udara yang kredibel, tangkas dan berwibawa selaras dengan teras Perintah Ulung beliau. Tumpuan turut diberikan terhadap pengukuhan kesiapsiagaan operasi dan pemerkasaan modal insan dalam mendepani cabaran keselamatan serantau secara lebih holistik dan menyeluruh.

Kunjungan ini secara langsung mencerminkan iltizam pucuk pimpinan tertinggi TUDM untuk terus memastikan setiap agenda pembangunan keupayaan TUDM mendapat perhatian daripada pucuk pimpinan negara dan juga kerajaan agar TUDM terus menjadi sebuah Kuasa Udara yang kredibel dalam menjaga kedaulatan dua wilayah negara.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN