TUDM RAIH NAIB JOHAN KESELURUHAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ATM TAHUN 2025

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

LUMUT, 7 Ogos 2025 – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berjaya meraih Naib Johan keseluruhan dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tahun 2025 yang telah berlangsung di Pangkalan TLDM Lumut. Bertemakan “Al-Quran Dihayati, Negara Diberkati”, majlis ini menghimpunkan qari dan qariah terbaik dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM.

Antara pencapaian TUDM pada pertandingan tahun ini adalah Mej Ir Dr Hj Aziizur Rahman bin Abdul Aziz TUDM dari Pangkalan Udara Subang dinobatkan sebagai Johan Kategori Pegawai. PW U I Muhammad Ghazali bin Zakaria @ Muhammad dinobatkan Naib Johan dalam Kategori Qari Lain-Lain Pangkat. Dalam Kategori Qariah Lain-Lain Pangkat / Bakat, F/Sjn Che Nor Rahinda binti Mat Isa memperoleh tempat ketiga.

TUDM juga tidak ketinggalan dalam penyertaan Kategori Qari dan Qariah Saudara Muslim. F/Sjn U Muhammad Nick Fitri bin Ragie memperoleh tempat ketiga dalam kategori Qari Saudara Muslim, manakala Kpl U Nur Ernylia binti Upak turut memperoleh tempat ketiga dalam kategori Qariah Saudara Muslim.

Johan keseluruhan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat ATM Tahun 2025 telah dimenangi oleh Tentera Darat Malaysia. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain dan isteri, Puan Sri Zamzelina binti Ahmad.
Pegawai Kanan TUDM yang hadir dalam majlis tersebut adalah Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Dato' Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM; AKS Kejuruteraan, Mej Jen Muhd Aznor bin Hj Md Ghazali TUDM dan AKS Tadbir, Brig Jen Junairi bin Baharom TUDM.

Seluruh warga TUDM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua peserta TUDM yang terlibat.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN