PEMERIKSAAN TAHUNAN DAN LAWATAN RASMI PANGLIMA PENDIDIKAN DAN LATIHAN UDARA KE PANGKALAN UDARA SENDAYAN

3 12 14
18 19 20
22 23 24

 

SENDAYAN, 7 Ogos 2025 – Panglima Pendidikan dan Latihan Udara (PPLU), Leftenan Jeneral Dato’ Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM telah mengadakan Pemeriksaan Tahunan serta Lawatan Rasmi ke Pangkalan Udara Sendayan bermula 4 hingga 7 Ogos 2025.

Ketibaan beliau bersama delegasi di Markas Pangkalan telah disambut oleh Komander Pangkalan, Kolonel Narulnizam bin Razali TUDM bersama barisan Eksekutif Pangkalan.

Pemeriksaan ini dilaksanakan bagi menilai tahap keselamatan, kesiapsiagaan serta keberkesanan tadbir urus unit-unit dan cawangan di bawah naungan PU Sendayan, selaras dengan matlamat untuk memastikan tahap operasi yang optimum sentiasa dikekalkan.

Sepanjang lawatan kerja tersebut, PPLU telah diberikan taklimat ringkas mengenai latar belakang, peranan dan fungsi PU Sendayan yang disampaikan oleh Komander Pangkalan. Seterusnya, beliau turut dibawa melawat beberapa entiti penting termasuk Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR), Institut Kepimpinan dan Pengurusan (INSKEP), Institut Kepakaran Kejuruteraan (IKK) serta Muzium TUDM.

Lawatan diakhiri dengan sesi taklimat balas hasil pemeriksaan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pangkalan. Dalam sesi tersebut, PPLU telah menyampaikan beberapa teguran membina serta cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan tahap keberkesanan organisasi secara keseluruhan.

Turut hadir dalam sesi taklimat balas tersebut ialah Ketua Staf Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU), Brigedier Jeneral Norazman bin Ismail TUDM; Pengarah Latihan MPPLU, Kolonel Engku Faizal bin Engku Mustaffa TUDM; Komander Pangkalan, Pegawai Memerintah unit-unit naungan serta para pegawai MPPLU.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN