![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 29 Mei 2025 - Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM serta Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM dan Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM telah hadir ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi tahun 2025 yang diadakan di Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa.
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim turut berkenan berangkat ke majlis ini. Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Fadillah Yusof; Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Johari Abdul dan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Dato Awang Bemee Awang Ali Basah.
Majlis bacaan Yasin dan Doa Selamat pada petang ini telah dipimpin oleh Tuan Haji Ehsan Ahmad Hosni, Imam Besar Masjid Negara.