KHUTBAH KHAS DAN SOLAT JUMAAT SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI DYMM SPB YDP AGONG

1 3 4
5 6 7
8 9 10
11 12 13

 

KUALA LUMPUR, 30 Mei 2025 - Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM hadir menunaikan solat Jumaat dan mendengar khutbah khas sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang diadakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Menerusi khutbah khas yang bertajuk "Dirgahayu Tuanku: Raja dikasihi, Negara Diberkati" menyatakan bahawa hubungan antara rakyat dan Raja dalam Islam diikat dengan rasa hormat, taat dan doa antara satu sama lain. Rakyat perlu menumpahkan taat setia kepada Raja dan negara sesuai dengan lafaz ikrar Rukun Negara.

Selain itu, dalam teks khutbah yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dibacakan oleh Tuan Haji Ensan Mohd Hosni, Imam Besar Masjid Negara turut menyatakan kewajipan saling mendoakan antara Raja (pemimpin) dan rakyat merupakan salah satu prinsip penting dalam Islam yang menekankan hubungan simbiosis, harmoni dan saling menghormati demi kebaikan dan kesejahteraan kedua-duanya. Hubungan ini sudah tentu terbina atas dasar kasih sayang, keadilan, dan ketaatan kepada Allah SWT.

Turut hadir dalam solat jumaat tersebut ialah Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM dan Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer