![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 30 Mei 2025 - Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM bersama isteri, Datin Dr Halina binti Haron hari ini telah diraikan dalam satu Perbarisan Persaraan yang diadakan di Disparsel Area, Pangkalan Udara Subang. Perbarisan ini telah disaksikan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM dan isteri, Puan Sri Datin Sri Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan.
Acara perbarisan dimulakan dengan Leftenan Jeneral Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM menerima tabik hormat dan seterusnya memeriksa perbarisan yang terdiri daripada 12 pegawai dan 183 anggota LLP yang diketuai oleh Mejar Ahmad Adam bin Ahmad Azir TUDM; Ajutan Perbarisan, Kapten Amir bin Ramli TUDM manakala Pegawai Waran Perbarisan, PW U I Wahiyudin bin Wahid. Keseluruhan perbarisan telah diiringi oleh Pancaragam Pusat TUDM di bawah pimpinan Lt Kol Mohamad Rizal bin Mohamad Noor TUDM.
Acara perbarisan ini diadakan sebagai tanda penghargaan TUDM kepada beliau yang akan bersara dari perkhidmatan setelah menabur bakti selama 42 tahun dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia amnya dan Tentera Udara Diraja Malaysia khasnya. Di dalam ucapan, Panglima Operasi Udara menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pucuk Pimpinan TUDM di atas kepercayaan yang diletakkan kepada beliau dan amat bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk berkhidmat bersama Pucuk Pimpinan yang amat beliau hormati.
Panglima Tentera Udara dan isteri juga turut menyempurnakan penyampaian cenderamata kepada Panglima Operasi Udara dan isteri sebagai penghargaan dan ucapan terima kasih daripada TUDM di atas sumbangan dan jasa mereka berdua.
Simbolik mengakhiri acara perbarisan penghargaan TUDM kepada Leftenan Jeneral Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM dan isteri, mereka telah diiring beredar meninggalkan majlis dalam acara 'Street Lining' menggunakan kenderaan istiadat oleh para pegawai dan anggota TUDM yang terlibat dalam perbarisan tersebut.
Turut hadir adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM dan isteri, Datin Sri Hajah Wan Nor Sazlina binti Wan Abd Shukor; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM dan isteri, Datin Maznah binti Hj Johari; Panglima Bantuan Udara, Mejar Jeneral Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM dan isteri, Datin Dewi Mastura binti Tumiran pegawai-pegawai kanan TUDM dan anggota LLP TUDM.