![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 30 Mei 2025 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menyempurnakan Pelancaran Logo Hari Ulang Tahun (HUT) TUDM Ke-67 dan Majalah Air Force Digest Edisi Ke-18 dalam satu majlis yang berlangsung penuh gilang-gemilang di Mes Wira Angkasa, Pangkalan Udara Subang.
Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan, para Pegawai dan Anggota TUDM. Majlis ini turut disiarkan secara langsung di platform media sosial rasmi TUDM.
Logo HUT TUDM Ke-67 yang dilancarkan menampilkan elemen-elemen yang mencerminkan kekuatan dan evolusi TUDM sebagai angkatan udara yang moden. Sementara itu, penerbitan Air Force Digest Edisi Ke-18 terus menjadi wadah utama dalam mendokumentasi pencapaian, strategi dan perkembangan semasa organisasi.
Majlis ini juga menjadi manifestasi semangat setiakawan dan kebanggaan warga TUDM dalam mengangkat martabat ketumbukan angkatan udara negara menjelang Hari Ulang Tahun TUDM Ke-67 pada 1 Jun 2025 nanti.