![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 14 OKT 25 - Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Dato' Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM telah hadir bagi menyempurnakan Majlis Jasamu Dikenang yang diadakan di Perkarangan Kolam Renang MWA, Pangkalan Udara Subang.
Majlis anjuran Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU) ini diadakan adalah untuk meraikan pegawai, anggota dan kakitangan awam yang bertugas di MPBU yang telah bertukar keluar dan telah menamatkan perkhidmatan bagi tahun 2025.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Seramai 36 pegawai dan anggota telah diraikan dalam majlis ini sebagai tanda penghargaan atas jasa dan khidmat bakti yang telah disumbangkan sepanjang tempoh perkhidmatan dalam TUDM amnya dan MPBU khasnya.
Panglima Bantuan Udara turut menyempurnakan penyampaian cenderahati kepada semua pegawai dan anggota yang diraikan. Turut hadir meraikan majlis ini ialah Ketua Staf MPBU, Brig Jen Ir. Azhar bin Hj Idris TUDM, Pegawai – pegawai Kanan serta pegawai dan anggota MPBU.
Seluruh warga MPBU mengucapkan selamat maju jaya kepada pegawai dan anggota yang telah menamatkan perkhidmatan dan sekalung penghargaan atas sumbangan jasa bakti kepada anggota yang telah bertukar keluar dari MPBU.















