![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 3 November 2025 – Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Defence Attache Kedutaan Besar Republik Indonesia di Malaysia, Brig Jen Tri Andi Kuswantoro di pejabat beliau hari ini.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk sesi pengenalan dan memperkukuh hubungan dua hala serta mempererat jalinan kerjasama pertahanan di antara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Kedutaan Besar Republik Indonesia di Malaysia.
Pertemuan ini turut menjadi platform penting untuk membincangkan pelbagai aspek kerjasama strategik yang dapat dimanfaatkan bersama.






