MAJLIS MENGADAP KEBAWAH DYMM TUANKU SULTAN KEDAH OLEH PANGLIMA TENTERA UDARA

1 2 3
4 5 6

 

ALOR SETAR, 24 Ogos 2025 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman telah berkenan menerima sembah mengadap daripada Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM di Istana Anak Bukit, Kedah hari ini.

Sembah mengadap Panglima Tentera Udara ini adalah bagi memperkenalkan diri kepada Kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah setelah mengambil alih jawatan sebagai Panglima Tentera Udara Ke-21 pada 26 Jun 2025.

Kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah turut berkenan mendengar sembah taklimat oleh Panglima Tentera Udara berkaitan hala tuju dan perancangan strategik TUDM yang terkini.
Di akhir sesi sembah mengadap, Panglima Tentera Udara mempersembahkan cendera kenangan sebuah model pesawat UAS ANKA yang akan memasuki inventori TUDM pada tahun hadapan kepada Kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN