![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 8 Ogos 2025 – Pengerusi Jemaah BAKAT Udara (JBU), Datin Sri Hajah Wan Nor Sazlina binti Wan Abd Shukor telah menyaksikan Majlis Penyerahan Amal Shoppe BAKAT Udara kepada BAKAT Udara Pangkalan Udara Subang bertempat di Amal Shoppe, Pangkalan Udara Subang. Dalam majlis ini, Puan Nordasyimah binti Hamid, Ketua Biro Amal Shoppe Jemaah BAKAT Udara (JBU) telah menyerahkan tugas dan tanggungjawab pengurusan tersebut kepada Puan Haslin binti Ismail.
Dalam ucapan Pengerusi JBU, beliau merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menguruskan Amal Shoppe sepanjang ia berada di bawah seliaan JBU. Beliau turut menyatakan harapan agar Amal Shoppe dimanfaatkan sebaiknya oleh BAKAT Pangkalan Udara Subang bagi menjana sumber ekonomi yang mampan, di samping menyokong pelbagai program kebajikan dan pembangunan warga BAKAT Pangkalan.
Majlis turut dihadiri Datin Maznah binti Hj Johari, Timbalan Pengerusi JBU, Datin Dewimastura binti Tumiran, Datin Aida binti Ibrahim, delegasi-delegasi JBU, AJKK Amal Shoppe BAKAT Udara serta delegasi daripada BAKAT Udara Pangkalan Udara Subang.