UCAPTAMA PANGLIMA TENTERA UDARA KEPADA PENUNTUT PUSPAHANAS, RMAF’S CAP55: CHALLENGES AND PROSPECTS TO SUPPORT MAF FUTURE FORCE CAPABILITIES

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12
13 14 15

 

PUTRAJAYA, 8 Ogos 2025 – Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah diberi penghormatan menyampaikan ucaptama beliau kepada 274 penuntut Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) yang terdiri daripada Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) bertempat di Auditorium PUSPAHANAS hari ini.

Dengan tajuk RMAF’S CAP55: Challenges and Prospects to Support MAF Future Force Capabilities, Panglima Tentera Udara menekankan hala tuju strategik TUDM dalam mendepani cabaran keselamatan semasa dan masa hadapan serta mendukung pelan strategik ATM kearah sebuah Angkatan Masa Hadapan. Berteraskan Strategi Ketenteraan Negara 2.0, Kertas Putih Pertahanan dan Pelan CAP55, beliau menggariskan komitmen untuk memperkukuh keupayaan dan pembangunan aset, pengukuhan pengurusan logistik dan pemerkasaan modal insan dalam menjadikan TUDM sebagai “lean, technologically driven and highly capable force”.

Diakhir penyampaian ucaptama, Panglima Tentera Udara turut membuka ruang kepada para penuntut bagi sesi soal jawab berkenaan topik yang disampaikan serta memberikan pandangan dan pendapat berkenaan isu-isu semasa keselamatan serta pelan strategik TUDM.

Turut sama dalam ucaptama tersebut adalah Presiden PUSPAHANAS, Laksamana Madya Datuk Sabri bin Zali; Komandan Maktab Ketahanan Nasional, Mej Jeneral Abdul Karim bin Ahmad; Komandan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera, Laksamana Pertama Hj Shahriman bin Hj Mahmud; Komandan Maktab Turus Angkatan Tentera, Brigedier Jeneral Zamsari Bin Abu Hassan serta Pegawai-pegawai Kanan ATM.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN