![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 27 Mei 25 - Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM telah menyempurnakan Majlis Perjumpaan Panglima Bantuan Udara bersama Pegawai dan Anggota Lain-lain pangkat Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU).
Panglima Bantuan Udara telah menyampaikan cenderamata sebagai kenangan sebelum bertukar keluar kepada Ketua Staf MPBU, Brig Jen Ir. Azhar bin Idris, Ketua Staf Khidmat MPBU, Brig Jen Norizan binti Wahab, Pegawai Memerintah Depoh Materiel Utama (DMU), Kol Amran bin Hassan dan juga kepada semua Ketua Bahagian MPBU.
Dalam ucapan beliau, beliau mengingatkan agar mutu kerja Pegawai dan Anggota LLP yang bertugas di Markas ini dapat dikekalkan atau ditingkatkan lagi bagi memastikan pengoperasian Markas ini dapat berjalan dengan jayanya.
Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih atas komitmen yang telah diberikan oleh semua lapisan Pegawai dan Anggota LLP di Markas ini sepanjang beliau berkhidmat di sini.