LAWATAN PENGHARGAAN PANGLIMA TENTERA UDARA DAN PENGERUSI JBU KE PANGKALAN UDARA LABUAN

1 2.1 2
3 4 5
6 7 8
9 10 11
12 13 14
15 16 17

 

LABUAN, 27 Mei 2025 – Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM dan isteri, Puan Sri Datin Sri Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan selaku Pengerusi Jemaah BAKAT Udara (JBU) telah diraikan oleh warga Pangkalan Udara Labuan dalam satu Lawatan Penghargaan yang berlangsung di pangkalan tersebut.

Delegasi Panglima Tentera Udara dan isteri turut disertai oleh:
• AKS Kejuruteraan, Mejar Jeneral Muhd Aznor bin Hj Md Ghazali TUDM dan isteri, Puan Zaliza binti Hj Muhammad;
• AKS Materiel, Brigedier Jeneral Nor Azmi bin Abd Rahman TUDM dan isteri, Puan Saleha binti Shafi Mohammad;
• AKS Tadbir, Brigedier Jeneral Junairi bin Baharom TUDM dan isteri, Puan Salmiah binti Saud; serta
• Ketua Staf MAWILUD 2, Brigedier Jeneral Koey Tang Chai TUDM dan isteri, Puan Lim Hooi Heong.

Ketibaan Panglima Tentera Udara dan isteri telah disambut oleh Komander Pangkalan, Brigedier Jeneral Hj Muhammad Taha bin Hamdan TUDM bersama isteri, Puan Melati binti Hj Omar serta para pegawai eksekutif pangkalan. Panglima Tentera Udara kemudiaannya telah diberi penghormatan untuk mengambil tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama daripada Pangkalan Udara Labuan bersama Panji-Panji No. 6 Skuadron yang terdiri daripada 3 pegawai dan 103 anggota LLP diketuai oleh Mejar Muhammad Yunus bin Mat Noor TUDM. Perbarisan turut diiringi oleh Pancaragam Pusat TUDM yang diketuai oleh Leftenan Muhamad Haniff bin Che Razak TUDM.

Lawatan Panglima Tentera Udara diteruskan dengan sesi dialog dan ramah mesra bersama warga pangkalan di Dewan Mutiara. Dalam sesi tersebut, beliau telah menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua warga Pangkalan Udara Labuan atas kerjasama dan komitmen tinggi dalam menjaga kedaulatan negara sepanjang beliau menerajui tampuk pemerintahan TUDM. Beliau juga turut berpesan agar semua warga pangkalan sentiasa memberikan khidmat terbaik kepada negara dan meneruskan legasi kecemerlangan TUDM.

Beliau turut menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada warga pangkalan yang terdiri daripada anggota, pasangan dan anak-anak yang menghidap penyakit kronik sebagai tanda keprihatinan pucuk pimpinan TUDM terhadap kebajikan warganya.

Pada masa yang sama, Pengerusi JBU turut diraikan oleh ahli BAKAT Udara Pangkalan. Beliau telah dibawa melawat ke Rumah BAKAT Udara pangkalan dan disambut dengan pameran, demonstrasi masakan serta persembahan oleh ahli BAKAT PU Labuan. Semasa lawatan, beliau juga turut menyempurnakan penyampaian sumbangan cenderahati kepada BAKAT PU Labuan.

Pengerusi JBU turut mengambil peluang beramah mesra bersama ahli BAKAT Udara pangkalan serta menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada mereka di atas segala kepercayaan dan kerjasama yang diberikan sepanjang beliau menerajui BAKAT Udara.

Mengakhiri program lawatan, Panglima Tentera Udara dan Pengerusi JBU telah menerima cenderahati kenangan daripada Komander Pangkalan dan isteri sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih di atas jasa dan sumbangan yang telah mereka curahkan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer