![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 28 Mei 2025 – Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Operasi Udara (ESSCOM), Brig Jen Ivan John Row TUDM di pejabat beliau, hari ini.
Selain itu, Brig Jen Ivan John Row TUDM turut membuat kunjungan hormat ke atas Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM.
Kunjungan ini adalah bersempena dengan persaraan Brig Jen Ivan John Row TUDM di dalam perkhidmatan tidak lama lagi.
Dalam pertemuan ini, Timbalan Panglima Tentera Udara dan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Brig Jen Ivan John Row TUDM di atas jasa khidmat dan bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di dalam TUDM khususnya serta ATM amnya.