MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KOMANDER DAN PENGERUSI BAKAT PANGKALAN UDARA LABUAN

1 2
3 4

 

SUBANG, 6 Ogos 2025- Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato’ Hj Norli Hisham bin Alwi TUDM telah menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Komander Pangkalan Udara Labuan di antara Brig Jen Hj Muhammad Taha bin Hamdan TUDM dengan Kolonel Hamidi bin Hashim TUDM yang diadakan di Mes Wira Angkasa (MWA), Pangkalan Udara Subang.

Sebagai simbolik peralihan pemerintahan, Brig Jen Hj Muhammad Taha bin Hamdan TUDM telah menyerahkan sijil serah terima tugas serta Tongkat Kuasa kepada Kolonel Hamidi bin Hashim TUDM dengan disaksikan oleh Panglima Wilayah Udara 2.

Majlis juga diteruskan dengan Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT Pangkalan Udara Labuan diantara Pn Hjh Melati binti Hj Omar dengan Pn Nur Hafizah binti Ali yang disaksikan oleh Lt Kol Asrul Faizal bin Rahim Omar TUDM selaku Penasihat BAKAT Pangkalan Udara Labuan.

5 6
7 8

 

Seluruh warga PU Labuan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Brig Jen Hj Muhammad Taha bin Hamdan TUDM dan Isteri di atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang memegang jawatan sebagai Komander Pangkalan dan Pengerusi BAKAT di PU Labuan.

Sekalung tahniah juga diucapkan kepada Kolonel Hamidi bin Hashim TUDM sebagai Komander Pangkalan Udara Labuan. Semoga Pangkalan Udara Labuan akan terus cemerlang di bawah tampuk pemerintahan yang baharu

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Yusri bin Jamari TUDM, Penaung BAKAT Markas Wilayah Udara 2, Datin Hjh Ros Hana binti Ariffin, serta pegawai-pegawai dan ahli BAKAT jemputan yang lain.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN