PANGLIMA TENTERA UDARA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DI MALAYSIA

1 2 3
4 5 6

 

KUALA LUMPUR, 6 Ogos 2025- Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di Malaysia, TYT Dato Mahmud Saidin di pejabat beliau hari ini.

Kunjungan ini merupakan pertemuan rasmi pertama Panglima Tentera Udara dan Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam setelah mengambil alih jawatan pada 26 Jun 2025 yang lalu.

Dalam sesi kunjungan hormat, perbincangan menjurus ke arah memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Brunei Darussalam khususnya melibatkan pertahanan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN