![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 25 Ogos 2025 - Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Pusat Perkhidmatan Kejuruteraan Aerospace (PUSPEKA), Kolonel Nornizam bin Kamarudin TUDM di pejabat beliau hari ini.
Kunjungan hormat ini adalah bersempena persaraan Kolonel Nornizam bin Kamarudin TUDM yang bakal menamatkan perkhidmatan tidak lama lagi.
Panglima Operasi Udara mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kolonel Nornizam bin Kamarudin TUDM atas segala komitmen, keringat dan jasa yang telah dicurahkan sepanjang dalam perkhidmatan. Semoga terus maju jaya dan selamat bersara.