MAJLIS MAKAN MALAM RASMI MERAIKAN TYT CHAN CHUN SING

1 2 3

 

Tuan Yang Terutama (TYT) Chan Chun Sing, Menteri Pertahanan Republik Singapura bersama delegasi telah diraikan dalam satu Majlis Makan Malam Rasmi yang dihoskan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia.

Majlis berlangsung dalam suasana mesra dan penuh muhibah, mencerminkan eratnya jalinan persahabatan serta kerjasama strategik antara Malaysia dan Singapura, dua negara jiran yang berkongsi aspirasi dan matlamat bersama dalam memastikan kestabilan serta keselamatan rantau ini.

Turut hadir mengiringi YB Menteri Pertahanan adalah Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato' Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM yang mewakili Panglima Angkatan Tentera Malaysia dalam majlis berkenaan.

Semoga hubungan baik Malaysia dan Singapura terus diperkukuh dengan semangat saling menghormati, mempercayai dan bekerjasama ke arah rantau yang stabil, selamat dan makmur.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN