![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2025 - Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin telah menerima kunjungan hormat rakan sejawat beliau dari Singapura, TYT Chan Chun Sing di Kuala Lumpur sempena Lawatan Pengenalan beliau ke Malaysia.
Lawatan ini merupakan kunjungan rasmi pertama TYT Chan Chun Sing ke Malaysia sejak dilantik sebagai Menteri Pertahanan Singapura pada 23 Mei 2025.
Pertemuan ini menzahirkan hubungan erat pertahanan antara Malaysia dan Singapura yang bukan sahaja dijalinkan secara dua hala, malah turut diperkukuhkan melalui platform pelbagai hala seperti ASEAN dan FPDA (Five Power Defence Arrangements).
Kerjasama ini turut dizahirkan melalui penganjuran latihan ketenteraan bersama yang mencerminkan kesepakatan kedua-dua negara dalam memastikan keselamatan dan kestabilan serantau.
Turut hadir bagi menyambut kehadiran TYT Chan Chun Sing ialah Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato' Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM yang mewakili Panglima Tentera Udara.