![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
GONG KEDAK, 9 Januari 2026 – Perbarisan Serah Terima Tugas Komander Pangkalan telah diadakan di Padang Kawad Pangkalan, Pangkalan Udara Gong Kedak (PU GK). Seramai 11 Pegawai dan 105 anggota LLP yang diketuai oleh Mej Tuan Mohamad Zulkhairi bin Tuan Mat TUDM; Ajutan Perbarisan, Kapt Wan Ubaiddah Aemir bin Adnan TUDM dan Pegawai Waran Perbarisan, PW U I Wan Mohd Riduwan bin Jusoh. Perbarisan ini turut dihadiri oleh semua Pegawai Eksekutif Pangkalan, pegawai-pegawai serta warga PU GK.
Upacara Majlis Serah Terima Tugas telah berlangsung di antara Kol Mohd Norazan bin Othman TUDM dengan Lt Kol Fairul bin Mohd Rustham TUDM telah disaksikan oleh Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM.
Seluruh warga PU GK mengucapkan terima kasih kepada Kol Mohd Norazan bin Othman TUDM di atas segala tunjuk ajar, jasa bakti dan sumbangan beliau sepanjang menerajui PU GK mulai 20 Ogos 24 hingga 9 Jan 26. Beliau akan melanjutkan pelajaran di Korea Selatan selama dua (2) tahun. Seluruh warga pangkalan mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan, kekuatan dan kejayaan kepada beliau sepanjang tempoh pengajian, seterusnya menamatkan kursus dengan cemerlang dan kembali ke tanah air dengan selamat.
Tahniah diucapkan kepada Lt Kol Fairul bin Mohd Rustham TUDM yang telah dilantik sebagai pemangku Komander Pangkalan, PU GK. Semoga beliau terus berjaya dan cemerlang di dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.












