![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 14 Januari 2026 – Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Komandan Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK), Kol Nordin bin Abu, di pejabat beliau hari ini.
Kunjungan hormat ini bertujuan memperkukuhkan hubungan kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia, khususnya dalam aspek latihan bersama yang melibatkan keupayaan dan kepakaran kedua-dua perkhidmatan.






