![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 14 Januari 2026 – Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM, telah menerima kunjungan persaraan daripada Mej Jen Dato’ Tong Veng Leong TUDM, mantan Asisten Ketua Staf J3, di pejabat Panglima Operasi Udara hari ini.
Dalam kunjungan tersebut, Mej Jen Dato’ Tong Veng Leong TUDM menzahirkan ucapan terima kasih kepada Panglima Operasi Udara serta seluruh warga Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) atas segala sokongan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang beliau melaksanakan tugas sebagai AKS J3.
Pada masa yang sama, Panglima Operasi Udara turut menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, sumbangan serta khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Mej Jen Dato’ Tong Veng Leong TUDM sepanjang tempoh perkhidmatan beliau dalam Tentera Udara Diraja Malaysia.






