PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS KOMANDER JOINT AIRSPACE MANAGEMENT AND COORDINATION CENTRE (JAMCC) SEPANG

1 2 3
4 5 8
6 7 9

 

SEPANG, 27 Januari 2026 - Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM hadir menyaksikan serah terima tugas Komander JAMCC Sepang bertempat di Dataran Perbarisan JAMCC Sepang, pagi ini.

Brig Jen Ben Khedda Adnan bin Mohd Yusoff TUDM telah menyerahkan tugas Komander JAMCC Sepang kepada Kol Mohd Shahfreen bin Baba TUDM. Beliau telah memimpin JAMCC Sepang bermula pada 29 Mac 23 hingga 20 Jan 26. Sepanjang pemerintahan beliau, pelbagai pengalaman dan cabaran serta kejayaaan telah berjaya dicapai oleh beliau. Kejayaan yang terbesar dalam pemerintahan beliau adalah bermulanya pengoperasian penuh JAMCC Sepang pada 17 April 23 serta perasmian bangunan JAMCC Sepang oleh Panglima Tentera Udara ke -20 pada 28 Ogos 23.

Dalam ucapan, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga JAMCC Sepang termasuk staf tadbir awam yang telah memberikan perkhidmatan terbaik sepanjang beliau memimpin unit ini. Beliau juga menyeru agar semua warga JAMCC Sepang dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang jitu kepada penggantinya, Kol Mohd Shahfreen bin Baba TUDM.

Terdahulu, Brig Jen Ben Khedda Adnan bin Mohd Yusoff TUDM diraikan dalam satu perbarisan mengikut istiadat ketenteraan sebagai simbolik penghargaan warga JAMCC Sepang kepada beliau sepanjang menjadi Komander.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN