PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS KETUA STAF MARKAS WILAYAH UDARA 2

 

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

LABUAN, 26 Mac 2026 – Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato’ Hj Norli Hisham bin Alwi TUDM telah menyaksikan Majlis Perbarisan Serah Terima Tugas Ketua Staf Markas Wilayah Udara 2 (MAWILUD 2) antara Brig Jen Koey Tang Chai TUDM dan Kol Mohammad Jafri bin Suboh TUDM.

Perbarisan yang berlangsung di Padang Kawad MAWILUD 2 ini melibatkan seramai 8 pegawai serta 73 anggota Lain-Lain Pangkat, diketuai oleh Mej Hanif Omar bin Abdul Majid TUDM. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan penghormatan kepada Brig Jen Koey Tang Chai TUDM yang telah menyandang jawatan Ketua Staf sejak 6 Januari 2025.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah memberikan sumbangan yang signifikan kepada organisasi sebelum bertukar ke Markas Tentera Udara, Bahagian Operasi dan Strategi sebagai Asisten Ketua Staf Operasi dan Strategi.

10 11 12
13 14 15
16 17 18

 

Turut diadakan acara simbolik “Send-Off Street Lining” sebagai tanda penghargaan atas jasa dan khidmat bakti beliau sepanjang memegang jawatan tersebut.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Brig Jen Koey Tang Chai TUDM atas segala jasa dan khidmat yang dicurahkan. Ucapan tahniah turut dizahirkan kepada Kol Mohammad Jafri bin Suboh TUDM atas pelantikan sebagai Ketua Staf MAWILUD 2 yang baharu, semoga terus cemerlang dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN