WARGA UDARA MENYEMARAKKAN KEMERIAHAN LARIAN WIRA 2025 SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA LTAT

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12
13 14 15

 

PUTRAJAYA, 31 Mei 2025 - Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato' Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM bersama-sama warga Udara telah menyertai Larian Wira 2025 - Night Run anjuran Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang dilaksanakan di Dataran Wawasan, Putrajaya.

Acara larian yang bertemakan “Demi Wira Kami” ini diadakan bagi menghargai pengorbanan anggota ATM yang berjuang demi melindungi kedaulatan negara dan menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia.

Edisi pada tahun ini menampilkan kelainan dengan mengadakan acara larian pada waktu malam, berbeza daripada kebiasaan tahun-tahun sebelumnya dan menampilkan tiga (3) kategori larian iaitu 5km (Fun Run), 10km dan 21.1km (Half Marathon). Tambahan lagi, segmen _Fun Run_ 5km turut disertai oleh 22 orang kanak-kanak istimewa dari Incredible Warrior Club.

Di samping itu, acara ini juga bertujuan untuk mengumpul dana bagi Kempen Tabung Pahlawan yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM dan akan disalurkan kepada veteran ATM yang memerlukan. Kempen ini juga merupakan inisiatif kebajikan penting yang memberi sokongan moral dan kewangan kepada veteran ATM yang telah banyak berjasa mempertahankan tanah air.

Selain itu, acara larian ini turut disemarakkan dengan pelbagai aktiviti seperti Zumba Night Warm-Up oleh Badan Kesenian Tentera Udara (BKTU), persembahan Hakka oleh Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, Drumline ATM dan pembukaan reruai oleh Jabatan Rehabilitasi Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan yang menawarkan rawatan pemulihan kepada para peserta larian serta pameran ketenteraan oleh ATM termasuk penyertaan TUDM dalam pameran menjadi antara tarikan utama melalui perkongsian informasi kerjaya, pameran mini aset serta kelengkapan pakaian operasi TUDM.

Secara tidak langsung, acara ini dapat menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan dalam satu malam penuh sinergi, kecergasan dan penuh penghargaan terhadap pengorbanan wira-wira negara.

Turut hadir memeriahkan acara ialah Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim; Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato’ Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM; Timbalan AKSPA, Brig Jen Hamdan bin Ahmad TUDM; Pegawai Memerintah PASKAU, Kol Muhammad Mustafa bin Omar TUDM sebagai tanda sokongan kepada LTAT dan barisan pengurusan tertinggi LTAT serta wakil-wakil Syarikat Kumpulan LTAT.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer