BENGKEL PENINGKATAN PIAWAIAN DAN LATIHAN INSPRA TAHUN 2025

WhatsApp Image 2025 09 23 at 16.20.54 WhatsApp Image 2025 09 23 at 16.44.184 WhatsApp Image 2025 09 23 at 16.44.182
WhatsApp Image 2025 09 23 at 16.44.181 WhatsApp Image 2025 09 23 at 16.24.46 WhatsApp Image 2025 09 23 at 16.44.18

 

DUNGUN, 23 Sep 25 - Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) buat julung kalinya telah menganjurkan Bengkel Peningkatan Piawaian dan Latihan bagi tahun 2025 yang telah dihadiri oleh seramai 60 peserta yang terdiri daripada Jurulatih, Staf Bantuan dan Tadbir Awam INSPRA bermula dari 16 hingga 18 Sep 25 bertempat di UiTM Kampus Dungun, Terengganu.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan meningkatkan pengetahuan para peserta terhadap Generasi Z bagi menyelaraskan pendekatan pengajaran serta metodologi latihan yang bersesuaian dengan keperluan masa kini. Bengkel ini melibatkan fasilitator daripada kalangan pensyarah dari UiTM Kampus Dungun iaitu Encik Khairudin Mohd Thani (Ketua Unit Kerjaya & Kaunseling) dengan tajuk Introduction to Gen Z dan _Supporting Mental Health and Well Being), En Ts Dr Mohd Talmizie Amron (Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Komputer dan Matematik) menyampaikan tajuk The Gen Z: The Roles of Technologies), Pensyarah Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan iaitu Encik Arma Mohd Faizal menyampaikan kuliah bertajuk Communication Style and Academic Engagement dan Pensyarah Akademi Pengajian Bahasa iaitu Puan Najlaa' Nasuha telah menyampaikan kuliah bertajuk Gen Z - Innovative Teaching Methods.

Para peserta bengkel juga telah berkesempatan melakukan aktiviti mendaki Bukit Bauk bagi merangsang refleksi kendiri dan pemikiran kritikal para peserta melalui aktiviti luar yang mencabar tetapi menyeronokkan, sekaligus meningkatkan semangat kerja berpasukan dan tahap kesihatan peserta.

Majlis penutup bengkel ini telah dijayakan oleh Lt Jen Dato' Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha, Panglima Pendidikan dan Latihan Udara. Sebelum YBhg Dato PPLU menutup bengkel tersebut, beliau telah dipersembahkan dengan dua pembentangan dari para peserta berkenaan kefahaman di dalam mengatasi dan memahami kehendak Gen-Z masa kini. Beliau dalam ucapannya turut menyampaikan ucapan tahniah dan syabas kepada INSPRA atas penganjuran bengkel tersebut dan berterima kasih kepada pihak UiTM atas kesudian menerima kerjasama dengan pihak TUDM. Beliau juga mengharapkan agar bengkel ini dapat dilaksanakan pada setiap tahun dengan keperluan yang berbeza. Majlis diakhiri dengan upacara penyerahan cenderahati kepada pihak UiTM Kampus Dungun yang diwakili oleh Puan Aina Syakirah binti Mohd Nong; wakil Rektor UiTM Cawangan Terengganu.

"Latihan Asas Kecekapan
"Sentiasa di Angkasa Raya"

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY