KEPERWIRAAN WARGA INSPRA TERSERLAH MELALUI PROGRAM DERMA DARAH

WhatsApp Image 2025 09 23 at 21.00.37 WhatsApp Image 2025 09 23 at 21.00.38 WhatsApp Image 2025 09 23 at 21.00.383
WhatsApp Image 2025 09 23 at 21.00.381 WhatsApp Image 2025 09 23 at 21.00.384 WhatsApp Image 2025 09 23 at 21.00.382

 

KUANTAN, 23 Sep 25 – Sel Jiwa Murni INSPRA dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) telah menganjurkan Program Derma Darah peringkat INSPRA bertempat di Dewan Sri Angkasa (DSA), Pangkalan Udara Kuantan. Program ini diadakan bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-92 dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penglibatan menyeluruh daripada semua sekolah dan bahagian.

Program yang bermula pada jam 9 pagi ini menyaksikan warga INSPRA serta sebahagian warga Pangkalan Udara Kuantan yang berkelayakan tampil menyumbangkan darah, menyerlahkan sikap keprihatinan dan semangat keperwiraan dalam membantu insan yang memerlukan.

YBhg Komandan INSPRA turut berkesempatan hadir bagi menyantuni dan memberi semangat kepada warga yang terlibat. Beliau juga berbesar hati menyampaikan cenderamata kepada wakil Unit Tabung Darah HTAA atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini.

Sasaran awal pihak Unit Tabung Darah HTAA adalah untuk mengumpul sebanyak 80 beg darah. Namun, hasil komitmen warga INSPRA, sebanyak 97 beg darah berjaya dikutip, sekali gus melepasi sasaran yang ditetapkan. Pencapaian ini mendapat pujian daripada wakil HTAA yang amat menghargai sumbangan warga INSPRA dalam misi kemanusiaan tersebut.

Melalui program sebegini, diharapkan semangat keprihatinan dan jiwa perwira warga INSPRA akan terus subur serta memberi manfaat berterusan kepada mereka yang memerlukan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY