LAWATAN DAN SOFT LAUNCHING MAKMAL BAHASA, INSTITUT TEKNOLOGI AEROSPACE, KOLEJ TENTERA UDARA OLEH PEGAWAI PENASIHAT PERTAHANAN SURUHANJAYA TINGGI AUSTRALIA

1 2 3

 

ALOR SETAR, 2 Jul 2025 - Institut Teknologi Aerospace (ITAS), Kolej Tentera Udara telah menerima lawatan daripada Penasihat Pertahanan Suruhanjaya Tinggi Australia, Kolonel Corey Shillabeer serta Pegawai Staf 1 Malaysia Australia Joint Defence Program (MAJDP), Leftenan Kolonel Brad Smith. Lawatan dimulakan dengan sesi menandatangani buku lawatan diikuti dengan kunjungan hormat kepada Pemangku Komandan Kolej Tentera Udara, Leftenan Kolonel Junizam bin Aziz TUDM dan Pegawai Memerintah ITAS, Leftenan Kolonel Sang Yew Leung TUDM.

Semasa lawatan ini, Kolonel Corey Shillabeer turut menyempurnakan Soft Launching Makmal Bahasa ITAS yang telah dinaik taraf dari segi kemudahan fasiliti tajaan pihak Australia menerusi kerjasama strategik di bawah Malaysia-Australia Joint Defence Programme (MAJDP). Mereka telah menyumbangkan sebanyak 27 unit komputer baharu serta beberapa peralatan ICT lain dan platform pembelajaran interaktif melalui aplikasi "Clarity English" secara online dengan lesen langganan selama 5 tahun. Platform ini dijangka dapat meningkatkan kecekapan dan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelatih secara lebih berkesan dan menyeluruh.

Kolonel Corey Shillabeer juga turut menyempurnakan penyampaian Lencana QAR (Gold) dan sijil penghargaan kepada Mej Nor Zalifah binti Mat Ali di atas segala jasa dan usaha beliau sebagai penilai ADFELPS bertauliah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Suruhanjaya Tinggi Australia di Malaysia dan Sel Bahasa Jabatan Arah Pendidikan di atas segala bentuk sokongan, bantuan dan bimbingan yang telah diberikan dalam pembangunan serta penambahbaikan kemudahan makmal ini dalam usaha meningkatkan kecemerlangan modal insan TUDM.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY